Selamat Datang

Selamat Datang! Welcome to My blog!

Sabda Rasulullah S.A.W : Perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari). Bersama kita mantapkan diri, bersama kita berkongsi ilmu dan bersama kita mencari keredhaan Allah, Insya-Allah.


Friday, 15 August 2014

Jamuan Hari Raya @ HSBM!

 





                                                                 Barisan pelajar Tingkatan 6 HSBM                                                                                                                                                                

         Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera buat pembaca yang dikasihi.Seperti biasa,entri kali ni lebih kepada pengalaman di Asrama untuk pelajar yang bergelar pelajar Pra-U.Alhamdulillah,Jamuan Hari Raya di HSBM tahun ni meriah dan penuh aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan para guru yang dikasihi.Masuk minggu ni,genap 2 minggu Faris tinggal di Asrama.Bila bergelar sebagai pelajar Asrama,baru Faris sedar tentang segala perkara yang kita kena buat sendiri,al maklum la,sebelum ni semua ibu yang buat.Outing minggu lepas bersama kawan-kawan memang the best! Bercakap tentang persekolahan,bulan depan,In Sha Allah ada peperiksaan Trial STPM yang menanti kami semua (Doakan kejayaan kami ya. . . .),Sampai sini dulu,salam sayang dari kami semua kepada anda!


P/s : nasib baik ada Adzha,dapat jugak pakai samping,lupa nak bawak masa check-in Asrama harituTerima kasih Adzha!

Monday, 4 August 2014

Pengalaman di Asrama : Kau Ada?

  Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera buat pembaca yang faris kasihi . . .sesungguhnya diri ini disaat dan ketika ini berada di tempat yang lain. . . (bukan mati naa) Faris dah masuk Asrama! Yeay! first day dah kena ujian,kasutku hilang sewaktu Supper....Ada ke patut? Lagi satu,dorm kami dah jadi tempat gunting rambut tak bertauliah. . .alkisah maka semuanya tidur terbongkang waktu malam tu sampai pukul 4 pagi lah jawabnya...ada yang menyiapkan kerja sekolah + tidur .Esoknya memang bengkak mata dibuatnya sabar je lah. . .Apa-apa pun,ini kan pengalaman ? Pengalaman mendewasakan kita,right? My classmate,Black hari ni sampai tertidur dalam kelas sebab tak siapkan kerja al sebab musabab tidur lewat semalam dengan geng kami.Best dapat buat study group dengan Amil dan Faiz! Lagi 2 minggu baliklah kami pengembara yang merantau di Bumi Mertajam ni . . . . -Tamat -


P/s : Semoga Allah terus merahmati bumi Palestin dan sentiasa melindungi anak-anak kecil,warga emas dan golongan wanita daripada kekejaman Israel.Teruskan beramal dengan Qunut Nazilah,Ihzimhum,Ihzimhum,Ihzimhum Wansurna Alaihim ya Allah!

Sunday, 3 August 2014

Realiti sekarang . . .

Klik gambar untuk besarkan imej
   Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera untuk semua pembaca yang dikasihi.Rasanya posting kali ni ada diantara kita dah pernah melihat peta Negara Palestin bermula dari Peristiwa Nakba 1948 - sekarang.Keluasan tanah yang dimiliki oleh penduduk Palestin terus mengecil dan semakin dijarah oleh Negara Haram Israel.Bayangkan apabila orang asing,datang ke rumah kita,dan kemudiannya merampas harta benda dan hak rumah kita,adakah kita masih boleh berpeluk tubuh dan gelak? Begitulah nasib yang dialami penduduk Palestin. *Nakba bermaksud Tahun Sedih/Peristiwa Sedih.
  Sebagai rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan Negara Haram Israel,sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyalurkan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan disana. . .
Kita wajib bersyukur kerana masih ada umat Islam yang sanggup bertahan mempertahankan kedaulatan Masjid Al Aqsa (Masjid Ketiga paling suci umat Islam) di Bumi Baitul Muqaddis/Jerusalem yang pernah menjadi kiblat kita suatu masa dulu.Berulang kali Faris tegaskan yang Semua pihak tak perlu pun menjadi seorang Muslim (bagi Non-Muslim) untuk merasai kesengsaraan penduduk Palestin,cukuplah sekadar menjadi Manusia yang ada hati nurani.

Ada hati yang akan tersentuh dengan perkhabaran sedih dari Gaza,ada juga yang mengendahkannya,bahkan ada yang berpaling tadah menyokong Israel,apa-apapun,Ingatlah,Tuhan itu Maha Melihat,apa yang kita semai (perbuatan) hari ini,akan dituai keesokan harinya.

Saturday, 2 August 2014

Surah Fatihah : Anda tahu maknanya?

Cara membacanya,baca dari kanan ke kiri untuk setiap baris.

Ramai diantara kita,yang membaca Surah Fatihah semasa solat (memang pun. . .) tapi adakah kita tahu maknanya? Surah Fatihah merupakan Ummul Kitab dan juga Surah yang mampu meredakan kemurkaan Allah S.W.T. Oleh itu,sebelum memulakan doa,digalakkan untuk berselawat keatas Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W dan membaca Surah Fatihah,mudah-mudahan doa kita sampai ke hadrat Allah S.W.T.Sekarang dah tahu,sedikit sebanyak boleh menambah kekhusyukan dalam solat,In Sha Allah.

Semarakkan ilmu!

Doa senjata orang Mukmin!

Klik gambar untuk besarkan imej
    Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera untuk pembaca yang dikasihi.Memandangkan kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin masih diteruskan,saranan Faris untuk orang-orang Islam,teruskan beramal dengan Qunut Nazilah.Sesungguhnya doa adalah kekuatan dan senjata paling ampuh kita sebagai orang yang mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan dan redha kepada Islam sebagai agama anutan kita.
    Kepada Non-Muslim,jangan salah sangka,Sesungguhnya Islam adalah Agama yang menggalakkan toleransi dan keadilan serta kesamarataan hak dengan penganut Agama lain.Doa Qunut Nazilah ini sebagai langkah terakhir sekiranya keadaan bertambah runcing dan musuh semakin mengganas seperti yang berlaku di Palestin.Faris menyeru penganut semua Agama,supaya berdoa kepada Tuhan dengan cara masing-masing supaya kekejaman di Semenanjung Gaza dapat dihentikan,kesian dekat anak-anak kecil,wanita dan golongan tua.
   Ingat lagi kisah burung kecil yang menyiram air keatas api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim Khalilullah? Haiwan lain bertanya sebab musabab mengapa burung tersebut bersungguh-sungguh mengangkut air dari paruhnya untuk menyiram air tersebut keatas Nabi Ibrahim walaupun menyedari airnya tak memberi kesan langsung terhadap api yang marak itu.Jawapannya mudah,walaupun air yang dibawanya sedikit dan tidak ada effect langsung,sekurang-kurangnya dia sudah berusaha dengan melakukan sesuatu.Nah! begitulah dengan doa,mudah-mudahan,doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Islam menentang keganasan dan mengajak kepada toleransi antara Agama,Kami menentang keganasan Al Qaeda,Taliban dan segala kegiatan yang menjurus kearah Aliran Ekstremis @ Ketaksuban melampau dalam beragama,Sesungguhnya Islam itu mudah,tapi jangan dimudahkan lagi~

Syawal Ke-5

Klik gambar untuk besarkan imej

Assalamualaikum W.B.T semua! Alhamdulillah pada kesempatan yang ada sempena syawal ni,sempat juga Faris and the geng berziarah ke rumah Cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami semua sewaktu Ting. 5 dulu.Ada yang tak sempat Faris nak letak gambar dekat sini,sorry ya cikgu.Dalam gambar ni,ayahanda kami yang kami sayangi,Cikgu Hasrolnizam yang berjasa mengajar kami Subjek Biologi,alhamdulillah semuanya pass waktu SPM dulu.Rasa gembira + rindu dengan sekolah dan cikgu-cikgu yang pernah berjasa mengajar kami dulu,dan alhamdulillah terubat jugak rindu. Jadual Raya Faris :

Raya Pertama - Raya Ketiga di kampung ibu
Raya Keempat di kampung abah
Raya Kelima dengan kawan-kawan & Cikgu
Raya Keenam dirumah Mak Saudara sebelah ibu & abah
Raya Ketujuh balik hostel

Lepas ni,payah la nak jumpa kawan-kawan balik,ada yang ke Kangar & Arau,Pontian,Kuantan,Masjid Tanah,Negeri Sembilan,apa-apapun,Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita pilih,dan juga semoga dapat bertemu lagi nanti =]

Friday, 1 August 2014

Sketsa Harian

Sketsa 1 :

Ali : Eh Ahmad,semalam aku belajar bahawa Nabi Yusuf Alaihissalam tu Nabi yang paaaling Hensem.

Ahmad : Mana kau tahu? Bukan Nabi Muhammad S.A.W ke yang hensem dan terbaik,plus baginda juga penutup segala Nabi. . .

Ali : Habis tu macam mana? Argh pening kepala memikirkannya

Jawapannya : Setiap Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah S.W.T untuk setiap Umat sepanjang Zaman.Jadi,Nabi Yusuf terbaik untuk umat Baginda,begitu juga dengan Junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W merupakan Pembimbing umat akhir zaman dan baginda merupakan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti.


Sketsa 2 :

Ustaz A : *bercakap Arab pekat tanpa translation* dalam berdakwah

Hadirin/Jemaah : *Melopong*

Ustaz A : Paham semua?

Hadirin/Jemaah : *Angguk* paham Ustaz. . . (dalam hati,Apa lah yang disampaikan tu)

Pengajaran : Rasulullah S.A.W menyuruh berdakwah dengan cara yang membantu memudahkan hadirin/Jemaah/Pendengar memahami isi kandungan yang cuba disampaikan oleh Ustaz/Penceramah,Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Sketsa 3 :
Situasi baru bangun pagi (dari tidur)

Ibu : Mat,mari sarapan cepat,nanti tak sempat ke sekolah pula

Ahmad : Baiklah bu! (dengan mata terpejam,menghala ke meja makan,menarik kerusi dan terus makan)

Ibu : Tak kumur dulu ka?

Ahmad : Alah Ibu,bukannya kotor pun,lagipun nak cepat kan?

Pengajaran : Selepas bangun dari tidur,Rasulullah S.A.W menyuruh agar kita berkumur untuk menghilangkan sisa-sisa air liur yang berada di dalam mulut semalaman.Jumhur Ulama' berpendapat Haram hukumnya menjamah makanan terus tanpat membersihkan mulut terlebih dahulu kerana sisa air liur (senang cerita air liur basi) adalah Najis,Wallahualam Bissowwab.

Thursday, 31 July 2014

Palestinian Vs Israeli

                                              Klik gambar untuk besarkan imej


Bukan semua orang faham sebenarnya situasi yang meruncing di Palestin,bagi yang memahami,Alhamdulillah kerana sedar akan nasib saudara SeAgama kita disana,bagi non-muslim yang turut bersama memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin tanpa mengira Agama,Tahniah diucapkan kepada anda! Dekat atas ni Faris cuba tonjolkan ringkasan kemelut yang berlaku di Palestin sejak Nakba 1948-sekarang.Sketsa ni Faris ambil dari Group Dai'e For All (DFA) di Facebook.Semoga dapat apa yang cuba disampaikan~

Zionis dan kekejaman mereka


       Baru tadi dengar berita,katanya Zionis akan terus menyerang dan mengebom Bumi Syuhada' Palestin,saudara SeIslam kita,Allahuakbar. . .walaupun Dunia secara amnya terus-terusan mengutuk serangan demi serangan yang dilakukan,apakah mereka ni takda hati perut? Kalau babi itu hina,mereka lebih hina daripada binatang tersebut.Petikan ini saya petik dari kitab Yahudi sendiri (Talmud) Avot 1 : 18

“The world endures on three principles: truth, justice, and peace"

Terjemahan :

“Dunia bertahan diatas tiga prinsip: Kebenaran,Keadilan dan Keamanan”

Adakah mereka sebenar-benarnya mengamalkan apa yang diajar oleh Agama mereka? Atau sekadar membutakan mata,menulikan telinga dan berterusan membunuh anak kecil yang tak berdosa? Terlaknatlah kamu hai zionis,laknat Allah keatas kamu,laknat para HambaNya keatas kamu,Ihzimhum,Ihzimhum,Ihzimhum ya Allah.

Kita tak perlu jadi seorang Muslim untuk mengambil berat hal ehwal Palestin,cukuplah menjadi seorang manusia yang mempunyai hati nurani.Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan kepada rakyat Gaza,Sesungguhnya syurgalah selayaknya buat kalian,Allahumma Amin.

#Pray4Gaza #Solidarity4Gaza


Aqsa Syarif : Apa yang kita tahu?



 Selalu kita dengar nama NGO ni bergerak untuk membuat kutipan @ kerja amal bagi membantu saudara SeIslam kita di Semenanjung Gaza,Palestin.Tapi adakah kita kenal dengan mendalam kerja-kerja diorang? Ha! Disini Faris akan ceritakan serba sedikit apa yang Faris tahu dari risalah yang diedarkan.

1. Aqsa Syarif ialah sebuah Organisasi yang bernaung di bawah IKRAM Malaysia (NGO)

2. Pengerusi Aqsa Syarif ialah Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor.

3. Selain bantuan kecemasan ketika serangan & bencana di Palestin,sumbangan turut diagihkan kepada 5 sektor utama iaitu :

A) Sosio-ekonomi
B) Pendidikan
C) Kesihatan
D) Makanan/Agrikultur
E) Infrastruktur

4. Trivia! Aqsa Syarif bermaksud "Masjid Al Aqsa yang dimuliakan"

Cara menyumbang melalui akaun bank :

Aqsa Syarif Berhad : 551575-004299 (Maybank Islamic) & 1209-20100-34904 (Bank Islam)

Semoga Allah SWT memberkati usaha mereka yang membantu penduduk Palestin,Allahumma Amin.

Viva Palestina!

                                         Klik gambar untuk besarkan imej
     
 Serangan bertubi-tubi oleh Negara Haram Israel terhadap penduduk Gaza,Palestin sememangnya keji dan jijik.Kanak-kanak kecil dibunuh suka hati Ibarat menghancurkan serangga kecil.Ha! Ni yang nak cerita,baru-baru ni (Sebelum raya) dalam bulan Ramadhan,Pegawai Pendidikan Palestin,Saudara Abu Ayesh An Najaf telah hadir ke sekolah untuk memberikan penerangan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Zionis.
             Boleh kata sebak juga sebab kanak-kanak sebaya dengan adik-adik @ usia kita dibunuh tanpa belas kasihan oleh Zionis.Bersama-sama beliau,turut hadir NGO yang bertanggungjawab menguruskan Roadshow ni,Muslim Care.Antara kata-kata yang saudara kita sebut paling faris ingat ialah :

"Saya faham kita semua bukanlah kaya,tapi kalau ada kemampuan,mendermalah terhadap saudara kamu,kalau tak mampu,maka serulah kepada mereka yang mampu (untuk menderma),kalau tak mampu juga,maka berdoalah,doa tidak perlu dibayar,cukup di dalam hati"

Semoga Allah SWT memberkati bumi Syuhada' Palestin dan menghancur debukan kejahatan Zionis,Amin.

Salam Sayang dari saya. . .

                   

       Assalamualaikum warahmatullah! Setelah sekian lama tak update blog kesayangan ni,alamak berhabuknya.Salam Aidilfitri 2014 Masihi/1435 Hijrah faris ucapkan pada semua muslimin dan muslimat diluar sana dan Selamat Bercuti pada non-muslim.Semoga perayaan kali ni kekal menjadi ingatan buat kita semua!
      Ucapan takziah dan Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam) atas tragedi yang menimpa negara kita,Pesawat MH 17 yang ditembak jatuh berhampiran Kiev,Ukraine yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Amsterdam.Semoga Allah mencucurkan rahmat keatas roh mereka,Amin.
                                 
                                           *                 *              *
Apa cer sahabat semua? Haha tua-tua pun dapat duit raya lagi (takdela tua sangat kot,baru ja 18 thn 30.7 lepas :D ) Tema sekeluarga tahun ni Black & Gray gitu! Mungkin kebetulan (mungkin tidak. . .) yang tema tahun ni kebanyakannya hitam @ warna suram ? sebab semua ahli keluarga pakai kelabu @ hitam.Apa-apapun lepas ni kena struggle untuk Ting. 6 + duduk asrama lepas raya (Horeeyyy. . .) 

Friday, 14 March 2014

Correcting misconception!

-Click to enlarge the Image-

   I believe this picture has been a viral parody in Social Media such as Facebook or Twitter after shameless action taken by the so-called Shaman or 'Mahaguru Bomoh Nujum VIP SeMalaysia'. Two days ago,he brought some fishtrap or 'Bubu' with 2 bamboo sticks functioning as Binocular to see where exactly is the location of MH 370 and yesterday,that so-called famous Shaman again,bring Coconut,water gourd (Labu Air),Mat and a basket claiming to search for MH 370 whereabout and the correct coordinate of the plane.

For your information,this ritual or action  is condemned in ISLAM for it is ridiculous and being categorized as Syirik.Ibrahim Md. Zain,the Shaman has been officially declared by Religious Authority in Malaysia as 'deviate from the right path',So,I hope our Non-Muslim friends won't be affected by this ritual or stupid action that brings shame toward Malaysia.

P/s : Stupidity in its finest moment... -sigh-

S.A.R untuk MH 370!



Ok,hari ni dah masuk hari ketujuh,genap seminggu untuk Gerakan Mencari dan Menyelamat (Search And Rescue) bagi pesawat Boeing 777 MH 370,pelbagai negara sudah pun menghulurkan bantuan untuk meringankan tugas yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia ketika ini.Antara aset negara yang digunakan termasuklah kapal perang milik TLDM,helikopter dan pesawat pejuang milik TUDM dan juga dengan kerjasama APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

Bekas Imam Besar Masjid Negara,Dato' Firdaus dan penasihat Majlis Agama Islam Johor,Dato' Nooh Gadut juga telah bergerak ke tempat kejadian sambil mengalunkan bacaan 30 Juzuk Al Quran untuk membantu S.A.R yang dijalankan dari sudut spiritual (Kaedah Islam).Mudah-mudahan MH 370 ditemui dengan seberapa segera yang mungkin~

P/s : Doa sudah,Usaha sudah,Ikhtiar pun sudah,yang tinggal hanyalah tawakkal sahaja....

Angka 7 dalam Kehidupan!





Untuk pembesaran imej,sila klik gambar,TQ~




Thursday, 13 March 2014

Posisi sujud kita terhadap Kaabah : Dimanakah kita?

Untuk pembesaran imej,sila klik gambar

Perkembangan MH 370

Assalamualaikum Wbt.

Saat entri ni ditulis dah masuk hari ke-6 Kapal Terbang Boeing 777 MH 370 masih lagi hilang tanpa dapat dikesan keberadaannya,pelbagai spekulasi toksah duk kata lah..memang habis tersebar merata,banyak pula yang menjadi Pakar Analisis jadi-jadian dan tak kurang jugak budak-budak yang nak 'glamour' dengan status-status 'bash' mengenai tragedi ni.

Kapten Nurodin Abd. Majid,orang Malaysia yang membawa balik pesawat Boeing 777 juga memberitahu bahwa Kapal Terbang MH 370 ni hilang! Lesap 100%! Maka sepatutnya kita berusaha melalui cara spiritual,kembali balik kepada Allah SWT,Sang Pencipta yang menjadikan Langit dan Bumi.Ada pula Bomoh yang mengaku Maharaja Bomoh Malaysia menggunakan kaedah dan teknik 'Super Hebat' seperti Bubu,Pancing,Labu Air,Buah kelapa dan Tikar pandan terbang~ persis Laksamana Do Re Mi (bijak sungguh Allayarham P. Ramlee)

Pencarian Kapal Terbang Boeing 777 MH 370 diperluaskan sampai ke Selat Melaka dan Igari,malah perairan Pulau Pinang juga turut berada dalam radar pencarian,malah di tempat kejadian sudah diazankan,dan Solat Hajat berserta Doa selamat sudah bergema di seluruh pelosok tanah air,Usaha itu dari kita,Hasilnya dari Allah SWT.

Monday, 10 March 2014

Flight MH370


Assalamualaikum WBT,

  Bersua dalam entri kali ni,boleh dikatakan satu tragedi yang menimpa negara kita,penerbangan Boeing 777 MH370 dikatakan hilang dari radar pada jam 12:41 waktu tempatan,pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing,China pada jam 6:30 pagi,pelbagai Agensi berita mula melaporkan kejadian yang mengejutkan itu,Richard Quest dalam CNN News mengatakan bahwa Operator dan Juruterbang MAS adalah Juruterbang yang berpengalaman dalam mengendalikan Boeing jenis 777,sehingga sekarang usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan Laut China Selatan,Kerajaan Malaysia dibantu oleh Negara Indonesia,Amerika Syarikat,Singapura,Vietnam dan China,Terima kasih diucapkan atas bantuan yang dihulurkan.

P/s : Ya Allah,jika berada di lautan,kau timbulkanlah,jika di udara,kau turunkanlah,dan jika di daratan kau munculkanlah,Aamiin.

Friday, 7 March 2014

SPM oh SPM


   Tarikh pemberian slip  SPM semakin hampir~ hahaha takut rasanya nak menerima 'hasil' tanaman yang ditanam sepanjang 11 tahun belajar di alam persekolahan.Apa-apa pun,faris percaya,Apa yang kita usaha dan berapa banyak usaha yang kita kerah itulah hasil yang akan kita dapat.Bagi yang Muslim,banyakkan berdoa,setelah kita berDoa,kita berUsaha,kemudian kita berIltizam dan langkah terakhir ialah? Tawakkal :)

Jadilah D.U.I.T ^.^

Bagi Non-Muslim,boleh berdoa mengikut agama masing-masing,We have try our best,the rest is up to the Creator,the most important thing is,to get your parents blessing,baru lah ada berkat hendaknya ^.^



P/s : Masa nak ambil result,kurangkan bergelak ketawa,banyakkan berzikir bertasbih (Bagi yang Muslim),Mudah-mudahan Tuhan mendengar doa kita semua Aamiin

Proud to be a Scout!


 Alhamdulillah,all praise is for Allah for the good health although I'm quite busy nowadays,handling my junior at school for their Foot Drill Competition which will be held in April,also,I will assist  my Scout Leaders in the Patrol Leader Course as Assistant Quartersmaster! Haha I have a long history as a Quartersmaster :P a good experience actually,now I'm already a Rover Scout so it's my duty to give my service to the School Administrator and toward my community.

Being a Scout is a wonderful experience that you won't get anywhere,you can meet many new friends,you can learn a lot of new skills,and the most important thing is,you can learn how to appreciate things the way they are.I've been active in Scout since Elementary School as 'Pengakap Kanak-kanak' or Cub Scout in English.We learn how to survive in the nature,trying your best not miss your home (that was me actually :P)
and new cheers and campfire song.The first time I heard Lord Baden-Powell name,I was like 'Who is this man?' and when my Scout Leader told me that he is the one that founded the Scout movement,how he tricked the enemy in the war,and how he conduct the first Scout Camp located in Brownsea Island,I was astonished! Then I decided to join Scout Movement.

Yeah! Here I am now! A Rover Scout :) I hope to serve well in my community and I wished to learn more in the future because learning process never ends,Three Cheers for  Lord BP for giving us to experience great things in our lives! Hip hip hurray!

P/s : Haha saja nak kecek ore putih....dilanda demam BI,ntah betul ntah tidak 'grammar' tu,hantam sajalah...janji ada keberanian :)

Salam Jumaat!




Pendapat 'Non-Muslim' berkenaan Junjungan Besar Rasulullah S.A.W,bukan saja menjelang Hari Jumaat,baru kita nak ingat dan berselawat keatas Baginda,amalkan selalu,In Sha Allah ada syafaat dari Baginda di akhirat kelak,Aamiin =]




P/s : I'm a Muslim and I'm proud to be one,Alhamdulillah,All praises is for Allah,The Lord,Creator of all being  ^.^

Thursday, 6 March 2014

Pemilihan PLKN!


Assalamualaikum semua~

Ok,sekarang korang dah boleh semak status PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) bagi Kump. 2 dan 3 untuk Siri 11/2014...jeng jeng jeng...haha selalu kalau budak yang kena dia akan persoal,

"Mengapa aku terpilih weh...sedangkan aku aktif!.."

"Ini tak adil! Aku budak baik,kat sekolah aku aktif dalam sukan dan koku.."

"Ya Allah...sungguh aku takmau pi...huhu sedih"

Dan macam-macam karenah lagi,ha ini dia cara pemilihan bagi yang terpilih untuk PLKN! :


SISTEM PEMILIHAN PESERTA PLKN

9.1 Pemilihan pelatih - pelatih untuk mengikuti PLKN adalah dibuat secara rawak melalui komputer. Proses 
pemilihan dibuat dengan menggunakan kaedah 'Selective Technique Withiout Replacement' @ (STWR). Kaedah ini bermaksud, apabila nama seseorang calon pelatih terpilih, nama beliau akan terus dimasukkan kedalam 
kumpulan tetentu mengikut kriteria yang ditetapkan dan tidak akan diganti dengan nama calon pelatih lain.


Haha! Nasib badan la bagi sape-sape yang bertuah terpilih,ada faedahnya juga daripada kerja tanam anggur memanjang dekat rumah \(._.)/ betul tak? Dapat elaun,dapat kenalan,dapat pengalaman dan paling penting,dapat belajar dan berkhidmat untuk negara,tak gitu?

P/s : Nasib aku tak dapat! Haha alhamdulillah syukur~

Wednesday, 5 March 2014

Panduan bertudung









P/s : Sekadar panduan buat akak,adik,Ibu,makcik,nenek diluar sana,bukan apa,yang wajib menutup aurat,bukan balut aurat! Ha boleh klik untuk besarkan imej,sila-sila ^.^

Makanan Kegemaran Rasulullah!


Antara makanan kegemaran Rasulullah S.A.W ialah :

1) Tamar - Kurma :D tak kisah la kurma basah @ kurma kering,bagus untuk kesihatan,nak mengelakkan daripada disihir,ambil 7 biji kurma Ajwa' setiap pagi ^.^

2) Tharid (Bubur Daging) - Bubur bukan hanya sekadar makanan orang sakit tau! Dah la sedap,mudah dihadam dan senang dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing

3) Madu - Madu lebah cukup banyak khasiatnya,antaranya boleh mengubati sakit perut :)

4) Susu - Susu tak kisah la susu tepung ke,susu skim ke,kalau susu 'fresh' lagi bagus,susu jugak mengandungi kalsium yang penting untuk pertumbuhan tulang dan menguatkan gigi ( senyummmmmm) :)

5) Air Zamzam - Sebaik-baik air yang ada dimuka bumi ialah Air zamzam,pH Alkali yang sesuai dengan tubuh badan manusia,boleh menghilangkan haus dengan segera,ada kandungan vitamin yang sesuai untuk tubuh badan,pendek kata,Air Zamzam air mujarab selain menjadi penawar

P/s : Hebatkan Rasulullah? Segala makanan yang diamalkan Rasulullah boleh diamalkan oleh kita,bahkan bagus untuk kesihatan,Jom amalkan! :D

Tumbuh-tumbuhan (Buah dan sayuran) di dalam Al Quran


Antara buah-buahan,sayur-sayuran yang disebut dalam Al-Quran ialah :

1) Delima - "Di dalam kedua-dua syurga itu ada buah-buahan,kurma dan Delima." (Surah Ar-Rahman ayat
68).

2) Labu - "Kemudian Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu." (Surah As-Saffat ayat 146)

3) Pisang - "Pohon-pohon pisang yang bersusun buahnya." (Surah Al Waqi'ah ayat 29)

4) Kurma - "Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu,nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam ayat 25)

5) Tin & Zaitun - "Demi buah Tin dan Zaitun." (Surah At-Tin ayat 1)

6) Anggur - "Kami jadikan padanya dibumi itu kebun-kebun kurma dan anggur.Dan kami pancarkan padanya beberapa mata air." (Surah Yaasin ayat 34)

7) Mentimun,Adas,Bawang(Putih & Merah) - "Dan ingatlah ketika kamu berkata,'Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja.Maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran ,mentimun,bawang putih,kacang adas dan bawang merah." (Surah Al-Baqarah ayat 61)

8) Halia - "Di sana mereka diberi segelas minuman bercampur halia." (Surah Al-Insan ayat 17)


P/s : Maha suci Allah yang menjadikan segala sesuatu,tumbuh-tumbuhan diatas bukan saja sedap,malah bagus untuk kesihatan,Sungguh Al-Quran itu Kitab petunjuk yang Nyata! =]

Alahai duniaku!


Korang tau tak Kes dadah macam ganja dan masalah alkohol bukan pelajar Sekolah Menengah dan pelajar IPTA/IPTS je yang hadapi? Haha~ sebenarnya pelajar sekolah rendah pun dah ada,masalah seks bebas,ganja,alkohol,bahan Inhalan dan segala tok nenek (ampunnn tok -_-) lagi semua dah ada sekarang dekat sekolah rendah,jangan terkejut beruk kalau budak-budak sekolah rendah boleh layan cerita-cerita biru dan ceritakan balik dekat anda.

Jadi,apa yang boleh kita lakukan untuk diorang? Kalau setakat menghina,mencaci,semua orang boleh buat kan? Kalau setakat taip 'Okeh,titew doakan mereka agar diberikan hidayah Allah' sekadar atas papan taip je kan? Ha! Masa ni lah nak dapatkan info berkenaan Rokok,Dadah,Inhalan dan Alkohol. Persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan agar kita dapat membantu mereka dan dalam masa sama,membantu diri sendiri.

Jadi macam mana nak bantu ?
---------------------------------------------------

Cara nak membantu pun kena tengok jugak,bukan boleh main sergah tak tentu pasal,kang disergah kita balik,lari mencicit tak cukup tanah.Sebagai remaja @ belia,langkah yang boleh kita buat ialah dengan menyertai NGO (Non-Government Organization) mcm Belia Anti Dadah ataupun SMART Malaysia (Senior Member Against Drug and Tobacco) dan boleh juga menyertai sebarang jenis ceramah dan aktiviti bersama AADK,tak kisahlah peringkat Daerah,Negeri waima Negara sekalipun.


Sebenarnya usaha itu datang dari dalam diri kita,kalau asyik kata 'Hang takpa la boleh,aku ada masalah itu ini ....' cuba lakukan dulu semampu kita,kemudian tengoklah hasilnya macam mana,tak rugi sebenarnya aktif dalam kegiatan macam ni,'side income' dari Allah SWT pun dapat,ye dak? Haha~

P/s : Pertolongan yang kita beri pada orang hari ni,belum tentu dibalas dengan pertolongan kembali,mana tau Allah nak bagi dalam bentuk nilai? Menolong biar ikhlas,baru berkat In Sha Allah!

Coretan pengalaman =]



Semenjak dua menjak aktif dalam dunia kesukarelawan nih,benar-benar membuka mata aku sebagai seorang hamba Allah yang lemah atas muka bumiNya.

Selama ni aku rasa selesa,makan minum disediakan,pakaian dibeli oleh Ibu dan Abah,keluar ke sekolah pun diberi duit belanja,nak itu dapat nak ini dapat,Sungguh aku lalai dengan kesenangan tak seberapa,sampailah takdir Allah nak mempertemukan aku dengan Hamba Allah yang banyak berjasa aku rasa terhadap anak bangsa.

Baru aku sedar,rupanya sekeliling aku masih ada orang yang memerlukan perkara yang sama,benda yang sama,Allah Maha Besar,baru aku kenal apa itu erti dunia bila kita bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat,bukannya terperuk dalam kelompok kita saja...

Buang jauh-jauh rasa selesa,dan terus bergerak ke hadapan,Mudah-mudahan bantuan Allah sentiasa ada untuk kami semua.



P/s : Sekarang ni banyak NGO (Non-Government Organisation) yang ada di Malaysia,jadi cangak apa lagi? Mari sama-sama kita sediakan ilmu yang bermanfaat untuk dijadikan amal jariah bila kita dah takde atas muka bumi Allah lagi,yang penting hati mau ikhlas,In Sha Allah!

Tuesday, 4 March 2014

Kenali aku kenali kau !



Kadang-kadang dalam hidup,tak semestinya apa yang kita nak,kita akan perolehi,tapi kepentingan berdoa perlu ada,kita ni sekadar hamba,jadi kepada siapa nak memohon kalau bukan pada Sang Pencipta? haha,betul tu,hakikat hari ni,ramai yang mudah dan ringan tangan menaip 'Al Fatihah' dan 'Amin' tapi adakah anda sebenarnya mendoakan mereka ? Maaf cakap,tapi itu realitinya hari ni,kita mudah dan pantas menaip perkataan itu,tapi tak selari dengan amal.

Tak best la macam tu kawan..apa yang kita ucap,kita amalkan! Baru sama-sama ada 'income' dari Allah SWT,In Sha Allah.

Dan seperkara lagi,dalam menulis doa dan terjemahan,pastikan anda semak dulu huruf dan ejaan serta terjemahan yang benar,jangan rujuk Syeikh Google @ Ustaz Yahoo saja! Diorang ni tempat pengumpulan ilmu,tapi siapa penapisnya? Ilmu yang benar,Guru yang sodiq,jadi moh kita ke Kuliah Agama untuk ilmu yang 'direct' terus sampai depan kita *Cheers*

P/s : Sesetengah 'Facebookers' dan 'Twitterians' selalu akan menaip 'RIP' kalau ada kes kematian bagi yang 'Non-Muslim',bagi yang Muslim,perbuatan menulis 'RIP' tu salah sebenarnya sayang,cukup sekadar ucapan takziah menandakan kita menghormati mereka~!