Ekspedisi Lencana Pengembaraan 40km dari Pusat Rancangan Kokurikulum USM ke Balik Pulau, Pulau Pinang. Bermalam di dua buah sekolah, SMK Pondok Upeh dan SMK Telok Bahang. Pengalaman yang terbaik bersama ahli Krew H sepanjang 3 hari 2 malam mengembara. Terima kasih semua atas pengalaman yang terbaik ini :)
Selamat Datang
Selamat Datang! Welcome to My blog!
Sabda Rasulullah S.A.W : Perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari). Bersama kita mantapkan diri, bersama kita berkongsi ilmu dan bersama kita mencari keredhaan Allah, Insya-Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W : Perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari). Bersama kita mantapkan diri, bersama kita berkongsi ilmu dan bersama kita mencari keredhaan Allah, Insya-Allah.
Monday, 15 May 2017
Thursday, 16 March 2017
Golden Islamic Festival 2017 by MPD Tekun
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua! Alhamdulillah, pada 8 Mac 2017 lalu, berlangsung program bual bicara @ talk show bersama Cik Heliza Helmi, adiknya Hazwani Helmi dan Ustaz PU Yeop di Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan 3, Universiti Sains Malaysia. Masa mula-mula bukak booth memang ketar nak capai sasaran jualan, tapi sambutan semasa hari kejadian memang di luar jangkaan! Topik-topik yang dibincangkan termasuklah bagaimana nak menjadi seorang mahasiswa dan rakan yang baik menurut perspektif moral dan Islam. Selang seli lawak spontan yang Cik Heliza dan Ustaz PU Yeop lakukan memang menjadi....... penuh dewan SK 3 malam tu. Sorotan gambar-gambar selepas ceramah boleh tengok kat bawah
Tuesday, 14 March 2017
Kem Manikayu Pengenalan & Peringkat 1
Assalamualaikum & Salam sejahtera! Apa khabar semua? Lama tak jengah blog, dekat 2 tahun tak bukak. Entri kali ni special sikit, sedar tak sedar dah habis zaman STPM, alhamdulillah dah masuk zaman universiti. Uni mana? Haha....yang pasti, sibuk sikit dengan assignment. Dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi berkhemah.. dapat juga kejar cita-cita yang dulunya nak ambil kursus manikayu. Di atas tu gambar yang sempat ditangkap sepanjang kursus dijalankan. Krew diberikan tugasan menyiapkan 10 jenis gajet perkhemahan, dan yang bestnya, krew kami berjaya siapkan 8 gajet dalam tempoh 3 jam, baki lagi 2 sambung buat lepas rehat. Paling tak boleh lupa, masa Backwood cooking, krew kami siap masak tomyam beralaskan nasi daun pisang .. pergh nikmatnya tak terkata... hasilnya?
Selesai manikayu pengenalan dan peringkat 1, sedia untuk ke peringkat ke 2, dan yang pasti menanti selepas ni, Kem Pengembaraan! Once A Scout, Always A Scout
Subscribe to:
Posts (Atom)














