Selamat Datang

Selamat Datang! Welcome to My blog!

Sabda Rasulullah S.A.W : Perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari). Bersama kita mantapkan diri, bersama kita berkongsi ilmu dan bersama kita mencari keredhaan Allah, Insya-Allah.


Friday, 15 August 2014

Jamuan Hari Raya @ HSBM!

 





                                                                 Barisan pelajar Tingkatan 6 HSBM                                                                                                                                                                

         Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera buat pembaca yang dikasihi.Seperti biasa,entri kali ni lebih kepada pengalaman di Asrama untuk pelajar yang bergelar pelajar Pra-U.Alhamdulillah,Jamuan Hari Raya di HSBM tahun ni meriah dan penuh aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan para guru yang dikasihi.Masuk minggu ni,genap 2 minggu Faris tinggal di Asrama.Bila bergelar sebagai pelajar Asrama,baru Faris sedar tentang segala perkara yang kita kena buat sendiri,al maklum la,sebelum ni semua ibu yang buat.Outing minggu lepas bersama kawan-kawan memang the best! Bercakap tentang persekolahan,bulan depan,In Sha Allah ada peperiksaan Trial STPM yang menanti kami semua (Doakan kejayaan kami ya. . . .),Sampai sini dulu,salam sayang dari kami semua kepada anda!


P/s : nasib baik ada Adzha,dapat jugak pakai samping,lupa nak bawak masa check-in Asrama harituTerima kasih Adzha!

Monday, 4 August 2014

Pengalaman di Asrama : Kau Ada?

  Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera buat pembaca yang faris kasihi . . .sesungguhnya diri ini disaat dan ketika ini berada di tempat yang lain. . . (bukan mati naa) Faris dah masuk Asrama! Yeay! first day dah kena ujian,kasutku hilang sewaktu Supper....Ada ke patut? Lagi satu,dorm kami dah jadi tempat gunting rambut tak bertauliah. . .alkisah maka semuanya tidur terbongkang waktu malam tu sampai pukul 4 pagi lah jawabnya...ada yang menyiapkan kerja sekolah + tidur .Esoknya memang bengkak mata dibuatnya sabar je lah. . .Apa-apa pun,ini kan pengalaman ? Pengalaman mendewasakan kita,right? My classmate,Black hari ni sampai tertidur dalam kelas sebab tak siapkan kerja al sebab musabab tidur lewat semalam dengan geng kami.Best dapat buat study group dengan Amil dan Faiz! Lagi 2 minggu baliklah kami pengembara yang merantau di Bumi Mertajam ni . . . . -Tamat -


P/s : Semoga Allah terus merahmati bumi Palestin dan sentiasa melindungi anak-anak kecil,warga emas dan golongan wanita daripada kekejaman Israel.Teruskan beramal dengan Qunut Nazilah,Ihzimhum,Ihzimhum,Ihzimhum Wansurna Alaihim ya Allah!

Sunday, 3 August 2014

Realiti sekarang . . .

Klik gambar untuk besarkan imej
   Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera untuk semua pembaca yang dikasihi.Rasanya posting kali ni ada diantara kita dah pernah melihat peta Negara Palestin bermula dari Peristiwa Nakba 1948 - sekarang.Keluasan tanah yang dimiliki oleh penduduk Palestin terus mengecil dan semakin dijarah oleh Negara Haram Israel.Bayangkan apabila orang asing,datang ke rumah kita,dan kemudiannya merampas harta benda dan hak rumah kita,adakah kita masih boleh berpeluk tubuh dan gelak? Begitulah nasib yang dialami penduduk Palestin. *Nakba bermaksud Tahun Sedih/Peristiwa Sedih.
  Sebagai rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan Negara Haram Israel,sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyalurkan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan disana. . .
Kita wajib bersyukur kerana masih ada umat Islam yang sanggup bertahan mempertahankan kedaulatan Masjid Al Aqsa (Masjid Ketiga paling suci umat Islam) di Bumi Baitul Muqaddis/Jerusalem yang pernah menjadi kiblat kita suatu masa dulu.Berulang kali Faris tegaskan yang Semua pihak tak perlu pun menjadi seorang Muslim (bagi Non-Muslim) untuk merasai kesengsaraan penduduk Palestin,cukuplah sekadar menjadi Manusia yang ada hati nurani.

Ada hati yang akan tersentuh dengan perkhabaran sedih dari Gaza,ada juga yang mengendahkannya,bahkan ada yang berpaling tadah menyokong Israel,apa-apapun,Ingatlah,Tuhan itu Maha Melihat,apa yang kita semai (perbuatan) hari ini,akan dituai keesokan harinya.

Saturday, 2 August 2014

Surah Fatihah : Anda tahu maknanya?

Cara membacanya,baca dari kanan ke kiri untuk setiap baris.

Ramai diantara kita,yang membaca Surah Fatihah semasa solat (memang pun. . .) tapi adakah kita tahu maknanya? Surah Fatihah merupakan Ummul Kitab dan juga Surah yang mampu meredakan kemurkaan Allah S.W.T. Oleh itu,sebelum memulakan doa,digalakkan untuk berselawat keatas Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W dan membaca Surah Fatihah,mudah-mudahan doa kita sampai ke hadrat Allah S.W.T.Sekarang dah tahu,sedikit sebanyak boleh menambah kekhusyukan dalam solat,In Sha Allah.

Semarakkan ilmu!

Doa senjata orang Mukmin!

Klik gambar untuk besarkan imej
    Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera untuk pembaca yang dikasihi.Memandangkan kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin masih diteruskan,saranan Faris untuk orang-orang Islam,teruskan beramal dengan Qunut Nazilah.Sesungguhnya doa adalah kekuatan dan senjata paling ampuh kita sebagai orang yang mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan dan redha kepada Islam sebagai agama anutan kita.
    Kepada Non-Muslim,jangan salah sangka,Sesungguhnya Islam adalah Agama yang menggalakkan toleransi dan keadilan serta kesamarataan hak dengan penganut Agama lain.Doa Qunut Nazilah ini sebagai langkah terakhir sekiranya keadaan bertambah runcing dan musuh semakin mengganas seperti yang berlaku di Palestin.Faris menyeru penganut semua Agama,supaya berdoa kepada Tuhan dengan cara masing-masing supaya kekejaman di Semenanjung Gaza dapat dihentikan,kesian dekat anak-anak kecil,wanita dan golongan tua.
   Ingat lagi kisah burung kecil yang menyiram air keatas api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim Khalilullah? Haiwan lain bertanya sebab musabab mengapa burung tersebut bersungguh-sungguh mengangkut air dari paruhnya untuk menyiram air tersebut keatas Nabi Ibrahim walaupun menyedari airnya tak memberi kesan langsung terhadap api yang marak itu.Jawapannya mudah,walaupun air yang dibawanya sedikit dan tidak ada effect langsung,sekurang-kurangnya dia sudah berusaha dengan melakukan sesuatu.Nah! begitulah dengan doa,mudah-mudahan,doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Islam menentang keganasan dan mengajak kepada toleransi antara Agama,Kami menentang keganasan Al Qaeda,Taliban dan segala kegiatan yang menjurus kearah Aliran Ekstremis @ Ketaksuban melampau dalam beragama,Sesungguhnya Islam itu mudah,tapi jangan dimudahkan lagi~

Syawal Ke-5

Klik gambar untuk besarkan imej

Assalamualaikum W.B.T semua! Alhamdulillah pada kesempatan yang ada sempena syawal ni,sempat juga Faris and the geng berziarah ke rumah Cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami semua sewaktu Ting. 5 dulu.Ada yang tak sempat Faris nak letak gambar dekat sini,sorry ya cikgu.Dalam gambar ni,ayahanda kami yang kami sayangi,Cikgu Hasrolnizam yang berjasa mengajar kami Subjek Biologi,alhamdulillah semuanya pass waktu SPM dulu.Rasa gembira + rindu dengan sekolah dan cikgu-cikgu yang pernah berjasa mengajar kami dulu,dan alhamdulillah terubat jugak rindu. Jadual Raya Faris :

Raya Pertama - Raya Ketiga di kampung ibu
Raya Keempat di kampung abah
Raya Kelima dengan kawan-kawan & Cikgu
Raya Keenam dirumah Mak Saudara sebelah ibu & abah
Raya Ketujuh balik hostel

Lepas ni,payah la nak jumpa kawan-kawan balik,ada yang ke Kangar & Arau,Pontian,Kuantan,Masjid Tanah,Negeri Sembilan,apa-apapun,Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita pilih,dan juga semoga dapat bertemu lagi nanti =]

Friday, 1 August 2014

Sketsa Harian

Sketsa 1 :

Ali : Eh Ahmad,semalam aku belajar bahawa Nabi Yusuf Alaihissalam tu Nabi yang paaaling Hensem.

Ahmad : Mana kau tahu? Bukan Nabi Muhammad S.A.W ke yang hensem dan terbaik,plus baginda juga penutup segala Nabi. . .

Ali : Habis tu macam mana? Argh pening kepala memikirkannya

Jawapannya : Setiap Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah S.W.T untuk setiap Umat sepanjang Zaman.Jadi,Nabi Yusuf terbaik untuk umat Baginda,begitu juga dengan Junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W merupakan Pembimbing umat akhir zaman dan baginda merupakan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti.


Sketsa 2 :

Ustaz A : *bercakap Arab pekat tanpa translation* dalam berdakwah

Hadirin/Jemaah : *Melopong*

Ustaz A : Paham semua?

Hadirin/Jemaah : *Angguk* paham Ustaz. . . (dalam hati,Apa lah yang disampaikan tu)

Pengajaran : Rasulullah S.A.W menyuruh berdakwah dengan cara yang membantu memudahkan hadirin/Jemaah/Pendengar memahami isi kandungan yang cuba disampaikan oleh Ustaz/Penceramah,Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Sketsa 3 :
Situasi baru bangun pagi (dari tidur)

Ibu : Mat,mari sarapan cepat,nanti tak sempat ke sekolah pula

Ahmad : Baiklah bu! (dengan mata terpejam,menghala ke meja makan,menarik kerusi dan terus makan)

Ibu : Tak kumur dulu ka?

Ahmad : Alah Ibu,bukannya kotor pun,lagipun nak cepat kan?

Pengajaran : Selepas bangun dari tidur,Rasulullah S.A.W menyuruh agar kita berkumur untuk menghilangkan sisa-sisa air liur yang berada di dalam mulut semalaman.Jumhur Ulama' berpendapat Haram hukumnya menjamah makanan terus tanpat membersihkan mulut terlebih dahulu kerana sisa air liur (senang cerita air liur basi) adalah Najis,Wallahualam Bissowwab.