![]() |
| Klik gambar untuk besarkan imej |
Kepada Non-Muslim,jangan salah sangka,Sesungguhnya Islam adalah Agama yang menggalakkan toleransi dan keadilan serta kesamarataan hak dengan penganut Agama lain.Doa Qunut Nazilah ini sebagai langkah terakhir sekiranya keadaan bertambah runcing dan musuh semakin mengganas seperti yang berlaku di Palestin.Faris menyeru penganut semua Agama,supaya berdoa kepada Tuhan dengan cara masing-masing supaya kekejaman di Semenanjung Gaza dapat dihentikan,kesian dekat anak-anak kecil,wanita dan golongan tua.
Ingat lagi kisah burung kecil yang menyiram air keatas api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim Khalilullah? Haiwan lain bertanya sebab musabab mengapa burung tersebut bersungguh-sungguh mengangkut air dari paruhnya untuk menyiram air tersebut keatas Nabi Ibrahim walaupun menyedari airnya tak memberi kesan langsung terhadap api yang marak itu.Jawapannya mudah,walaupun air yang dibawanya sedikit dan tidak ada effect langsung,sekurang-kurangnya dia sudah berusaha dengan melakukan sesuatu.Nah! begitulah dengan doa,mudah-mudahan,doa kita dimakbulkan Allah SWT.
Islam menentang keganasan dan mengajak kepada toleransi antara Agama,Kami menentang keganasan Al Qaeda,Taliban dan segala kegiatan yang menjurus kearah Aliran Ekstremis @ Ketaksuban melampau dalam beragama,Sesungguhnya Islam itu mudah,tapi jangan dimudahkan lagi~

No comments:
Post a Comment