Ok,hari ni dah masuk hari ketujuh,genap seminggu untuk Gerakan Mencari dan Menyelamat (Search And Rescue) bagi pesawat Boeing 777 MH 370,pelbagai negara sudah pun menghulurkan bantuan untuk meringankan tugas yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia ketika ini.Antara aset negara yang digunakan termasuklah kapal perang milik TLDM,helikopter dan pesawat pejuang milik TUDM dan juga dengan kerjasama APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).
Bekas Imam Besar Masjid Negara,Dato' Firdaus dan penasihat Majlis Agama Islam Johor,Dato' Nooh Gadut juga telah bergerak ke tempat kejadian sambil mengalunkan bacaan 30 Juzuk Al Quran untuk membantu S.A.R yang dijalankan dari sudut spiritual (Kaedah Islam).Mudah-mudahan MH 370 ditemui dengan seberapa segera yang mungkin~
P/s : Doa sudah,Usaha sudah,Ikhtiar pun sudah,yang tinggal hanyalah tawakkal sahaja....

No comments:
Post a Comment