Korang tau tak Kes dadah macam ganja dan masalah alkohol bukan pelajar Sekolah Menengah dan pelajar IPTA/IPTS je yang hadapi? Haha~ sebenarnya pelajar sekolah rendah pun dah ada,masalah seks bebas,ganja,alkohol,bahan Inhalan dan segala tok nenek (ampunnn tok -_-) lagi semua dah ada sekarang dekat sekolah rendah,jangan terkejut beruk kalau budak-budak sekolah rendah boleh layan cerita-cerita biru dan ceritakan balik dekat anda.
Jadi,apa yang boleh kita lakukan untuk diorang? Kalau setakat menghina,mencaci,semua orang boleh buat kan? Kalau setakat taip 'Okeh,titew doakan mereka agar diberikan hidayah Allah' sekadar atas papan taip je kan? Ha! Masa ni lah nak dapatkan info berkenaan Rokok,Dadah,Inhalan dan Alkohol. Persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan agar kita dapat membantu mereka dan dalam masa sama,membantu diri sendiri.
Jadi macam mana nak bantu ?
---------------------------------------------------
Cara nak membantu pun kena tengok jugak,bukan boleh main sergah tak tentu pasal,kang disergah kita balik,lari mencicit tak cukup tanah.Sebagai remaja @ belia,langkah yang boleh kita buat ialah dengan menyertai NGO (Non-Government Organization) mcm Belia Anti Dadah ataupun SMART Malaysia (Senior Member Against Drug and Tobacco) dan boleh juga menyertai sebarang jenis ceramah dan aktiviti bersama AADK,tak kisahlah peringkat Daerah,Negeri waima Negara sekalipun.
Sebenarnya usaha itu datang dari dalam diri kita,kalau asyik kata 'Hang takpa la boleh,aku ada masalah itu ini ....' cuba lakukan dulu semampu kita,kemudian tengoklah hasilnya macam mana,tak rugi sebenarnya aktif dalam kegiatan macam ni,'side income' dari Allah SWT pun dapat,ye dak? Haha~
P/s : Pertolongan yang kita beri pada orang hari ni,belum tentu dibalas dengan pertolongan kembali,mana tau Allah nak bagi dalam bentuk nilai? Menolong biar ikhlas,baru berkat In Sha Allah!
No comments:
Post a Comment