Selamat Datang

Selamat Datang! Welcome to My blog!

Sabda Rasulullah S.A.W : Perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis Riwayat Bukhari). Bersama kita mantapkan diri, bersama kita berkongsi ilmu dan bersama kita mencari keredhaan Allah, Insya-Allah.


Friday, 1 August 2014

Sketsa Harian

Sketsa 1 :

Ali : Eh Ahmad,semalam aku belajar bahawa Nabi Yusuf Alaihissalam tu Nabi yang paaaling Hensem.

Ahmad : Mana kau tahu? Bukan Nabi Muhammad S.A.W ke yang hensem dan terbaik,plus baginda juga penutup segala Nabi. . .

Ali : Habis tu macam mana? Argh pening kepala memikirkannya

Jawapannya : Setiap Nabi dan Rasul diutuskan oleh Allah S.W.T untuk setiap Umat sepanjang Zaman.Jadi,Nabi Yusuf terbaik untuk umat Baginda,begitu juga dengan Junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W merupakan Pembimbing umat akhir zaman dan baginda merupakan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti.


Sketsa 2 :

Ustaz A : *bercakap Arab pekat tanpa translation* dalam berdakwah

Hadirin/Jemaah : *Melopong*

Ustaz A : Paham semua?

Hadirin/Jemaah : *Angguk* paham Ustaz. . . (dalam hati,Apa lah yang disampaikan tu)

Pengajaran : Rasulullah S.A.W menyuruh berdakwah dengan cara yang membantu memudahkan hadirin/Jemaah/Pendengar memahami isi kandungan yang cuba disampaikan oleh Ustaz/Penceramah,Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Sketsa 3 :
Situasi baru bangun pagi (dari tidur)

Ibu : Mat,mari sarapan cepat,nanti tak sempat ke sekolah pula

Ahmad : Baiklah bu! (dengan mata terpejam,menghala ke meja makan,menarik kerusi dan terus makan)

Ibu : Tak kumur dulu ka?

Ahmad : Alah Ibu,bukannya kotor pun,lagipun nak cepat kan?

Pengajaran : Selepas bangun dari tidur,Rasulullah S.A.W menyuruh agar kita berkumur untuk menghilangkan sisa-sisa air liur yang berada di dalam mulut semalaman.Jumhur Ulama' berpendapat Haram hukumnya menjamah makanan terus tanpat membersihkan mulut terlebih dahulu kerana sisa air liur (senang cerita air liur basi) adalah Najis,Wallahualam Bissowwab.

No comments:

Post a Comment